Stalker ? Hater ? kick your own ass !

Admin ϟ Entries ϟ Shout ϟ

Bergaduh juga Ada Nikmat :D
7.2.12 ϟ 10:31 PM ϟ 0 letters

Assalamualaikum para pembace blog saye :) , entry kali ni tentang Bergaduh juga Ada Nikmat , k enjoy !!

Dalam sesuatu perhubungan, memang tidak lari dari pergaduhan…Tetapi tidak semua pergaduhan membawa kepada sesuatu yang buruk…

Cubalah bergaduh sesekali, apabila berbaik kembali anda akan dapati dia lebih memahami. Kalau sebelumnya dia pentingkan diri, garang, keras kepala ttp setelah berbaik semula anda akan dapati perangai2 ini sudah tiada, atau setidak-tidaknya semakin mengurang walaupun tidak terus hilang.

Benarlah janji Allah; di sebalik petaka ada nikmat yang dijanjikan. Pergaduhan, perselisihan faham, pertengkaran slalu akan membuka lembaran baru dalam kehidupan. Itu bagi yang ingin menoleh sejenak, mengambil dan membina pengalaman; yang degil, kepala batu, pentingkan diri, sememangnya jahat dan zalim tidak akan jumpa nikmat2 ini.

Semasa berselisih pendapat anda akan berasa tidak keruan, sakit hati mcm digarit-garit dgn garpu. Anda menanti siapa yang akan memulakan mukadimah utk berbaik smula. Anda tunjuk taring, dia tunjuk ego. Smpai masing2 sudah tidak tahan utk ketawa, senyum dan berasa tenang dalam semua keadaan. Sama ada dia atau anda yang memulakan proses berbaik-baik smula. Dan apabila anda mendapati dia juga sudah sedia bertolak ansur, anda akan merasakan satu nikmat perasaan yang tak terungkapkan..

Ia aneh, misteri dan luar biasa skali. Anda berasa lebih seronok drpd sblmnya, lebih bahagia dan gembira drp sblm bergaduh. Oh, rupanya bergaduh ni mcm memasukkan perencah dlm masakan; ia masin, masam dan manis, ttp apabila telah sebati dalam belanga, ia bertukar menjadi sedap. Nikmat slps bergaduh mmg sukar dinafikan. Baik suami isteri, kekasih dan kawan2..bergaduh itu sukar dielakkan, sama ada bergaduh scr terang2, sembunyi2, samada perang dingin atau betul2…Bergaduh adalah proses yang kdg2 terpaksa dilalui utk mencari persamaan. Membina keserasian dan menguji perasaan.

Asalnya tdk nampak sebarang kebaikan, ttp setelah berbaik kembali, cuba renung apa yang telah dilalui. Yalah, kalau tak gaduh, tak tahu dia tak suka ini, suka yang tu, tak suka yang begini, suka yang begitu. Kdg2 manusia amat ego utk menyatakan keinginannya, maka keinginan2 itu terpendam lama di situ. Siapa bakal mencungkilnya?

Tiba2 terjadi pergaduhan. Siapa dlu mahu menghantaar SMS meminta maaf, siapa dlu akan menelefon siapa. Sakit sungguh penantian itu. Walaupun sakit, tatkala SMS meminta maaf dtg, sengaja tidak dibalas segera, utk menunjukkan kononnya, “tanpa engkau pun aku boleh hidup, tak malu, org dah tak suka masih nak kawan”. Tapi sebenarnya hati di dlm amat suka dan gembira. Kalau diturutkan mahu segera dibalas ttp apa nak buat, kdg2 terpaksa control macho….control cun… dunia org bercinta, dunia org bergelar suami isteri, kadang2 sama aje…

ambil yang terbaik dari semua keburukan yang mungkin melanda….semoga hubungan kalian kekal hingga akhir hayat…


#copy n paste

Zamzulhilmy Raof
« Past | New »