Stalker ? Hater ? kick your own ass !

Admin ϟ Entries ϟ Shout ϟ

apa istimewanya fixie bike ??
5.8.11 ϟ 8:28 AM ϟ 0 letters
Mesti korang tertanya apa itu Fixie kan..?? Fixie tu basikal track la yang Josiah Ng selalu guna semasa perlawanan sukan asia tuh.. Di USA ia dikenali sebagai fixie ataupun fixed-gear/wheel bicycle.. Membolehan penunggang memberhentikan basikal tanpa menggunakan brek, dengan gear tetap, dan juga boleh di tunggang secara reverse.. Siap boleh reverse lagi tuh.. Biasanya di guanakan untuk track cycling di dalam velodrome.. Di U.K sehingga 1950 penunggang biasanya menggunakan fixie untuk time trials.

Korang perasan tak sekarang ni ramai pulak anak remaja yang beriadah menggunakan basikal fixie ni..Sebenarnya, fixie ni kalau kat luar dah lama popular, tapi kat Malaysia ni, baru tahun lepas popular, tahun ni makin bertambh pulak jumlahnya.. Bagus jugak fixie ni sebenarnya.. Boleh menyihatkan badan, sekurang-kurangnya peluh pon keluar kan, dari melepak tak tentu hala kat shopping mall ataupon merempit yang lebih berisiko untuk maut itu..

Apa yang dapat dilihat, pemiik fixie lebih gemar mewarnakan basikal mereka dengan warna-warna yang terang.. Apabila mereka bergerak secara berkumpulan dengan fixie pelbagai warna, ia sudah pasti memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya.. Selalunya mereka memilih fluorescent color, kerana bukan sahaja terang, malah warnanya lebih menarik dan ceria.. Sesuai sangat jika ditunggang ketika riadah kerana melalui warna pon jiwa si penunggang dapat merasai ketenangan.. Apatah lagi orang sekeliling yang memerhatikannya..

Masalahnya disini adalah keselamatan penunggang kerana disebabkan basikal fixie tiada brek, ia memerlukan kemahiran si penunggang untuk memberhentikannya.. Tapi apa yang IR tahu, fixie yang digunakan untuk beriadah ini dilengkapi dengan brek.. Jadi tak perlu risau dah bab brek tu.. Keselamatan ketika menunggang secara berkumpulan juga perlu diambil berat sebelum perkara yang tak diingini berlaku.. Jangan sampai riadah bertukar padah..
« Past | New »